Pertama sekali anda haruslah kenali diri sendiri dahulu. Bagaimana ?
Sebagai pemulaan anda haruslah jujur dengan diri sendiri. Ini bertujuan untuk menilai kemampuan diri sendiri sejauh mana diri kita mampu melangkah ke hadapan dengan usaha diri sendiri.
Bila nak bercakap tentang orang hebat-hebat sebenarnya semua orang di lahirkan hebat-hebat belaka. Cuma atas diri kita jumpa atau tidak kehebatan diri kita itu. Terimalah diri kita seadanya. Jika tidak tahu jangan ragu untuk bertanya pada yang lebih arif. Kadang kala kita harus duduk seketika mungkin di tempat yang tenang untuk berfikir sejenak dan bertanya pada diri "apa kemampuan diri aku ni".
Lihatlah apa karekter dan sifat diri anda. Apa kekuatan anda, kenalilah sifat-sifat positif yang ada dalam diri anda. Bukan untuk bersifat berlagak tapi ia amat penting bagi mengenali diri sendiri. Terima saja apa yang dikurniakan kepada diri kita kerana ia nya datang dari Allah S.W.T. Apa yang terpenting sekali adalah hubungan kita dengan Allah. Jangan pernah segan untuk meminta bantuan dengannya kerana dia segalanya.
Selain itu, anda haruslah sentiasa bersedia untuk mengharungi musuh-musuh yang akan anda harungi kerana akan ada ramai orang akan dengki dengan pencapaian diri kita. Ingatlah bukan selalu kita berada di atas tanpa masalah apa-apa. Jikalau anda terjatuh dari landasan yang betul, jangan berputus-asa malah cuba untuk bangkit kembali walau seberat mana pun perkara yang menghalang anda bangun kembali. Cuba membaiki setiap kelemahan diri kita untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Jangan pernah sekali berfikiran negatif seperti "aku tak mampu buat" ! kerana itu hanya menjatuhkan semangat anda.
No comments:
Post a Comment