Monday, 6 April 2015

Berani cuba benda baru

Selalunya manusia suka bermimpi berangan-angan pelbagai perkara seperti semua perkara kita mampu buat. Bukan salah, kerana dari angan-angan kita ubah jadi kehendak dan dari kehendak kita capai usaha untuk memiliki apa yang kita angankan dulu.

Sebagai manusia normal, perkara yang kita paling gemar buat adalah mencuba seperti mencuba makanan baru, melancong ke destinasi asing, bertemu dengan kenalan baru dan buat perkara-perkara yang kita idamkan selama ini.

"The advanture of trying something new is one of the great things about being alive."

Untuk yang bekerja, setiap hari anda membuat kerja yang sama mungkin bertahun-tahun dan tiba satu saat peluang untuk ke arah lain melintas di hadapan mata lalu hati anda takut untuk mengambil peluang tersebut kerana anda takut "yang dikejar berciciran yang digendong berguguran". Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh ada orang datang berjumpa dengan anda untuk mengajak anda membuat bisnes bersamanya pada masa yang sama anda sudah bekerja. Tidak mengapa, anda boleh membuat bisnes itu sebagai kerja "part time". Anda harus berani mencuba untuk memajukan diri anda sendiri supaya senang dimasa hadapan.

5 Sebab Mengapa kita Perlu Cuba Sesuatu Yang Baru:

  • Memberi kepuasan hidup
  • Mengelakkan kebosanan
  • Cuba sesuatu yang baru  meningkatkan keyakinan diri kita
  • Cuba sesuatu yang baru akan membuka minda kita.
  • Memandu pertumbuhan & kematangan diri.  

No comments:

Post a Comment