Monday, 13 April 2015

HILANGKAN RASA MALAS DAN BOSAN DI TEMPAT KERJA @ BELAJAR



Kemalasan adalah musuh utama. Jika kita malas, tidak ada cara lain kita boleh buat untuk mencapai hal-hal yang diingini. Kita mungkin akan menanguhkan melakukan sesuatu, atau bahkan jika kita melakukannya, kita melakukannya dengan setengah hati. Hasil berkualiti tinggi tidak akan tercapai dengan cara seperti itu. Jadi kita perlu untuk mengatasi kemalasan dalam diri.
Mungkin anda mula bosan dengan rutin harian sehingga menjadikan anda malas untuk memulakan aktiviti harian anda. Penyebab malas bekerja akan beragam, mulai daripada keadaan badan yang tidak fit hingga sedang ada masalah yang sifatnya peribadi. Apa pun masalahnya, ia akan menjejaskan anda untuk mencapai apa yang diingini dalam hidup. Bagaimana caranya untuk anda hilangkan rasa malas ini ?

1) Pikirkan hal yang menyenangkan anda dari fikirkan kerja yang menunggu anda siapkan
- Ingat dan fikirkan kembali hal-hal yang menyenangkan yang kamu peroleh selama bekerja di tempat kerja itu. Jadikanlah perkara itu sebagai motivasi untuk kembali bersemangat dalam bekerja.

2) Tiru rakan sekerja  yang sangat suka pekerjaannya.
- contohilah perilaku rakan kerja anda. Perhatikan atau mengikut caranya mengatasi beban pekerjaan yang begitu berat. Jadikan cara itu sebagai inspirasi bagimu untuk menambah motivasi bekerja.

3) Ubah suasana kerja
- Perubahan suasana ini boleh berupa pengaturan semula meja dan peralatan pejabat di sekitar anda serta mengakrabkan diri dengan rakan kerja yang lain. Gantung berbagai benda atau gambar keluarga di atas atau sekeliling meja yang selalu membuat anda tersenyum, mengembalikan mood baik anda dan termotivasi untuk bekerja.

4) Beri penghargaan kepada diri sendiri atas setiap tugasan yang telah selesai dikerjakan agar memberikan tenaga yang positif dalam diri, yang akan membantu menjaga semangat kerja. 
Contohnya, pergi merawat diri di salon kecantikan, merawat rambut dan kuku, berbelanja baju.

4) Beri waktu bagi diri anda sendiri untuk relaks.
 Bila perlu, ajaklah rakan anda yang dekat yang boleh dipercaya untuk berkongsi cerita, kerana mungkin darinya dapat memberi input yang baik untuk anda.

5) Menjalankan hobi atau kegiatan – kegiatan lain di luar rutin.
Kegiatan tersebut misalnya menonton filem, berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan atau pergi bercuti. Akan tetapi, pastikan jangan sampai aktiviti itu mengunakan tenaga yang terlalu banyak dan membuat anda lebih malas untuk kembali bekerja.

6) Bersyukur dengan apa yang telah anda peroleh dari hasil susah payah anda.
 Dengan bersyukur setelah anda bekerja, anda akan menjadi kembali semangat. motivasi diri anda dengan melihat sekitar dan orang-orang yang bernasib tidak seberuntung anda. Misalnya: nasib orang-orang yang susah sekali mendapatkan pekerjaan, pengangguran dan pengemis dimana-mana. Dengan bersyukur dan melihat “di bawah”, semoga anda lebih menghargai pekerjaan anda dan terpacu untuk lebih semangat menjalani pekerjaan anda.

Semoga bermanfaat dan nikmati hari – hari anda dengan senyum.. :)

No comments:

Post a Comment